Koperasi Wanita Malaysia Berhad (WCB)

Bermula 1 hb Januari 2023, pihak KKDC telah dilantik menjadi pengurus kepada Kopersi Wanita Malaysia Berhad (WCB). WCB merupakan sebuah koperasi fungsi kredit yang telah diberi kelulusan oleh YBM Tan Sri Noh Omar dan secara rasmi berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 22/2/2022.

.

YBM telah merasmikan WCB di Menara Bank Rakyat pada 23/3/2022 sebulan selepas WCB telah didaftarkan secara rasmi. Koperasi ini telah dululuskan untuk menjalankan aktiviti mikrokredit, jual beli emas, ar-rahnu dan pembekalan. yBM juga telah mengumunkan dana sebanyak 30 Juta untuk membantu WCB.

.

Pengerusi Penaja Koperasi Datin Norli Alias mensasarkan akan menjadi sebuah Bank Wanita menjelang setahun penubuhannya. Namun sasaran sebenar telah ditetapkan menjelang tahun 2033, 10 tahun daripada sekarang oleh Pengerusi terbaharu Dato Nazilah Idris selepas mengambilalih kepimpinan WCB pada bulan oktober 2022.

.

Ahli Lembaga Koperasi (ALK) terdiri daripada Dato Faridah A.Jabbar (Usahanita), Dato Normala Kahar (Yayasan Wanita), Dato Nazilah Idris (MCED), Dato Wan Suraya Radzi (Kakitangan Awam), Datin Norzihan (Ahli Perniagaan) dan Datin Norli Alias (Wawasanita). Manakala Juruaudit dalaman di ketuai oleh Puan Fatin (Peguam), Dr.Harnani (Penyarah) dan Puan Rasidah (Usahawan)

.

Oleh itu KKDC berbesarhati untuk bersama membantu WCB bermula Januari ini dan akan meloporkan diri pada tarikh berkenaan sebagai Pengurus WCB. Koperasi Wanita Malaysia Berhad boleh dilayari di www.wcbmalaysia.com dan perkembangan semasa boleh layari FB dan Tik Tok KedaiKoperasi.com