Pencarian 1Produk, 1Koperasi sebagai Pemborong Produk Muslim

As salam dan salam sejahtera.

Kami sedang melaksanakan pencarian 1produk 1koperasi sebagai pemborong produk muslim. Setiap koperasi memainkan peranan sebagai pemborong disebabkan kurangnya pemborong produk muslim dikalangan koperasi.

Ini membolehkan setiap koperasi fokus sekurang kurangnya dengan 1produk dahulu sebagai pemborong dan pembekal produk kepada koperasi-koperasi yang menjalankan aktiviti dalam sektor pemborongan dan peruncitan. Seterusnya koperasi boleh merancakkan lagi dan menyokong Kempem BMF.

Contohnya koperasi A bertindak menjadi pemborong beras jenama ABC. Manakala sebuah lagi koperasi B menjadi pemborong gula pula.

Ini membolehkan koperasi fokus pada produk dan tidak bersaing antara satu sama lain malah saling sokong menyokong melengkapkan pemborongan muslim dikalangan koperasi.

Begitulah ideanya… Cadangannya kita mulakan dengan barangan asas selari dengan pelaksanaan Projek BA100 oleh Angkasa.

Sekian, wassalam.